awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mira Filzah 'off market', 'Sindrom September' Anwar Ibrahim antara berita tumpuan sepanjang bulan ini

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
30/09/2020
00:40 MYT
Mira Filzah 'off market', 'Sindrom September' Anwar Ibrahim antara berita tumpuan sepanjang bulan ini
Antara berita yang menjadi tumpuan masyarakat sepanjang bulan September. -Astro AWANI
TINGGAL beberapa bulan sahaja lagi kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2020.
Persoalannya adakah kita sudah bersedia untuk melangkah masuk ke tahun baharu?
Sebelum kita melangkah masuk ke bulan seterusnya, ini antara berita yang menjadi tumpuan masyarakat sepanjang bulan September.
ANWAR DAKWA ADA MAJORITI, BOLEH BENTUK KERAJAAN
Bukan sahaja netizen, ahli politik pun terkejut.
Mana tidaknya, isu ini menjadi perbualan ramai apabila Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa miliki majoriti untuk bentuk Kerajaan Baharu. Biarpun tiada butiran terperinci yang beliau kongsikan, kenyataan itu sedikit sebanyak meninggalkan kesan. Ini antara kata-kata ahli politik yang sempat kami kumpulkan. BACA : Anwar dakwa ada majoriti kukuh BACA : 'Saya persilakan dia untuk bekerjasama' - Anwar pelawa Muhyiddin sertai gabungan BACA : Tiada seorang pun Ahli Parlimen Pas sokong Anwar - Tuan Ibrahim BACA : 'Please grow up!' - Nasihat Alexander Nanta Linggi pada Anwar BACA : Hanya sandiwara Anwar, ganggu PRN Sabah - Azizah BACA : Dakwaan Anwar hanya 'Sindrom September' - Takiyuddin BACA : Kenyataan Anwar mungkin beri impak di kerusi PKR - Foong Hin
Terus ke laman web kami untuk dapatkan lebih berita mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim. LEPAS AIR, AIR LAGI LEPAS TU AIR LAGI MASALAHNYA Isu gangguan bekalan air di Lembah Klang dan Selangor bukan sesuatu perkara yang baharu. Mana tidaknya awal bulan ini, masyarakat masih dibelenggu masalah sama gara-gara berlaku pencemaran di Sungai Gong, Rawang sehingga mengakibatkan ramai yang tidak berpuas hati. Bukan sahaja netizen malah Yang Di-Pertuan Agong turut bertitah mahu isu ini diselesaikan dengan segera. Tidak berhenti di situ, Malaysia dikejutkan pula dengan kejadian banjir kilat di Ibu kota. Siap boleh tengok "Kelisa" berenang di bandar raya Kuala Lumpur. BACA : Gangguan bekalan air tidak berjadual di 1,292 kawasan termasuk KL, Petaling dan Shah Alam BACA : Gangguan air: 1,253 kawasan pulih sepenuhnya, 39 lagi kawasan dalam proses pemulihan BACA : Pencemaran Sungai Gong: 3 laporan polis diterima, 4 pemilik premis ditahan
HAWAR BERDARAH RAGUT 35 EKOR KERBAU PELIHARAAN, 'MOWGLI MALAYSIA' Penyakit hawar berdarah mungkin jarang didengar di negara ini. Namun, ia mencuri tumpuan selepas lebih 50 ekor kerbau di terengganu dilaporkan mati secara tiba-tiba akibat penyakit itu! Lebih menyedihkan, berita kematian haiwan itu turut melibatkan kerbau ternakan bapa 'Mowgli Malaysia', yang pernah tular sebelum ini. Stay strong, Shukri! BACA : Hawar berdarah ragut 35 ekor kerbau peliharaan, 'Mowgli Malaysia' berduka BACA : Apa itu hawar berdarah punca kerbau 'Mowgli Malaysia' mati bergelimpangan? BACA : Jangan bersedih, 'Mowgli' ... kerajaan tidak pinggirkan keluargamu
BIG STAGE 2020: #SANDRADALAMKENANGAN Peminat program realiti hiburan, Big Stage dikejutkan dengan pemergian salah seorang bintangnya iaitu Sandra Dianne. Sandra, 26, terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan tidak sedarkan diri selama lima hari. Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 1 pagi di Hospital Putrajaya dan selamat dikebumikan di kampung halamannya di Sabah. BACA : Peserta Big Stage, Sandra Dianne terlibat dalam kemalangan BACA: Sandra Big Stage masih dalam ICU, kedudukannya diumum malam ini
MIRA FILZAH 'OFF MARKET' Berita ini buat ramai jejaka yang patah hati! Mana tidaknya dengan sekali lafaz pelakon dan pengacara Mira Filzah selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihannya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang juga anak kepada anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid. Sekali lagi tahniah daripada keluarga Astro AWANI. BACA : Mira Filzah nikahi anak timbalan menteri malam ini BACA : Dengan sekali lafaz Mira Filzah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar BACA : 'Relationship goal' Mira Filzah dan Wan Emir, netizen minta peminat bertenang Dapatkan juga berita-berita menarik daripada Astro AWANI melalui pautan di bawah :
BACA : Tarik nafas anda, Januari sudah berlalu
BACA : Februari pun berlalu... ini imbasan isu gempar yang berlaku
BACA : Selamat tinggal Mac, April bawa harapan baharu pada masyarakat dunia
BACA : Ini imbasan topik April lalu, sementara meneruskan cabaran bulan Mei
BACA : Aidilfitri normal baharu, selamat tinggal Mei
BACA : Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Jun 2020
BACA : Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Julai 2020
BACA : Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Ogos 2020
Topic Berkaitan
#Mira Filzah
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#Putrajaya
#kemalangan
#meninggal dunia
#media sosial
#Big Stage
#BBNU
#Sandra Dalam Kenangan
#hawar berdarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan