Skip to main content
AWANI Pagi: Pasca Johor Memilih | Membina Kerajaan Negeri, Menunaikan Mandat

AWANI Pagi: Pasca Johor Memilih | Membina Kerajaan Negeri, Menunaikan Mandat

BN terus diberi mandat mentadbir Johor dengan kemenangan 48 daripada 56 kerusi DUN, sekali gus mengukuhkan majoriti dua pertiga. Namun, selepas euforia kemenangan, persoalan yang lebih besar kini timbul: bagaimana mandat besar ini akan diterjemahkan dalam pembentukan kerajaan negeri yang baharu?

Bersama Dr. Mohammad Tawfik Yaakub, kami mengupas mesej di sebalik kadar keluar mengundi, faktor kemenangan besar BN, isyarat sebenar yang dihantar rakyat, serta cabaran membentuk barisan Exco dan menetapkan keutamaan dasar demi memenuhi harapan warga Johor. Ikuti perbincangannya dalam AWANI Pagi.