AWANI Pagi: Perisai PKPS tangani isu keterjaminan makanan
Ketegangan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz menimbulkan risiko kepada rantaian bekalan global, sekali gus memberi cabaran kepada kebergantungan import makanan. Tetapi, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) awal-awal lagi memasang perisai persediaan dalam usaha menangani isu yang kritikal ini dengan pelbagai inisiatif serta usaha. Bersama Datuk Dr. Mohamad Khairil Mohamad Razi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PKPS dalam #AwaniPagi, untuk mengetahui apakah persediaan-persediaan itu.