AWANI Pagi: Tempoh Getir 60 Hari, Apa Selepas Perjanjian Damai AS-Iran?
Amerika Syarikat dan Iran sudah menandatangani secara elektronik perjanjian damai yang membawa kepada penamatan perang di zon konflik Asia Barat termasuk di Lubnan. Ia sepatutnya dimeterai secara rasmi di Geneva, Switzerland hari ini. Apapun perkembangannya, banyak cabaran dan risiko dijangkakan selepas kejayaan ini. Bersama Pensyarah Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) yang juga aktivis MyCARE, Profesor Dr. Mohd Afandi Salleh untuk kupasan mendalam isu ini.