PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan pihak Rusia berkaitan penerbangan terus antara kedua-dua negara oleh syarikat penerbangan Rusia, Aeroflot selain eksport semikonduktor dan elektronik ke negara itu.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata sebagai sebuah negara yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa, Malaysia terbuka kepada mana-mana syarikat penerbangan untuk beroperasi di negara ini.
Pada masa sama eksport semikonduktor dan elektronik juga tidak melibatkan sebarang perbincangan atau hubungan antara kerajaan kedua-dua negara dan sebaliknya ia lebih kepada hubungan sektor perniagaan.
"Saya nak jelaskan ini kerana bimbang nanti ada mana-mana pihak yang salah faham dan kepentingan Malaysia mungkin terjejas," katanya kepada media dalam satu temu bual di pejabatnya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menyangkal laporan Agensi Berita Sputnik pada penghujung April yang memetik Duta Malaysia ke Rusia Datuk Bala Chandran Tharman sebagai berkata Aeroflot akan mengadakan penerbangan terus antara St.Petersburg atau Moscow dan Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Dalam laporan itu, Bala Chandran juga dipetik berkata Malaysia akan mempertimbang peluang untuk menjual semikonduktor dan elektronik kepada Rusia selain institusi kewangan Malaysia sedang mengkaji sistem pemesejan kewangan Rusia dengan terperinci dan bersedia menyertainya jika memenuhi beberapa kriteria.
Saifuddin berkata pihaknya juga telah meneliti laporan berita itu dan mendapatkan maklum balas daripada Bala Chandran dan didapati ada perkara-perkara yang disebut dalam temu bual itu telah dipetik di luar konteks.
Berikutan laporan Sputnik itu, beberapa media asing melaporkan yang tindakan Malaysia itu membelakangkan sekatan ekonomi antarabangsa terhadap Rusia kerana konfliknya dengan Ukraine.
Sekatan yang dikenakan oleh negara-negara Barat khasnya turut melarang eksport semikonduktor ke Rusia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 07 2022
Saifuddin berkata sebagai sebuah negara yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa, Malaysia terbuka kepada mana-mana syarikat penerbangan untuk beroperasi di negara ini. - Foto BERNAMA
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Intel tawar perkhidmatan pengeluaran cip kepada AMD, NVIDIA, Qualcomm
Apabila Intel Foundry Services beroperasi secara sepenuhnya, Intel akan mempunyai kemampuan untuk membangunkan cip intel tersuai yang hadir dengan teknologi terbina.
Semakin ramai rakyat Sarawak pulang untuk sumbang kepada pembangunan negeri
Sejumlah 20 jurutera yang pengkhususan mereka dalam industri semikonduktor telah kembali bagi merealisasikan usaha Sarawak itu.
Kerajaan boleh jimat RM1.1b menerusi dasar pengurangan bahaya kesihatan awam, pengangkutan - CME
Konsep pengurangan bahaya ditakrifkan sebagai strategi dasar awam yang direka untuk mengehadkan akibat sosial dan fizikal negatif.
Pembuat cip AS Micron gagal pemeriksaan pematuhan China
Pentadbiran Ruang Siber China mengumumkan pembuat cip AS Micron akan dilarang daripada menjual kepada pengendali infrastruktur kritikal.
Malaysia bakal terima pelaburan berjumlah hampir RM34 bilion daripada Ajlan Bros
Konglomerat Arab Saudi, Ajlan Bros Holding Group bakal melabur hampir RM34 bilion (US$7.5 billion) dalam sembilan syarikat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Unit tidak langsung Titijaya labur RM200 juta untuk bina kompleks komersial DHL
Ini susulan perjanjian bina dan pajak yang ditandatangani antara Aman Duta dan DHL pada 15 Jun, 2022.
Micron komited tambah pelaburan di Malaysia tingkatkan rantaian nilai semikonduktor - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob optimis lebih banyak syarikat asing akan terus melabur di Malaysia kerana iklim pelaburan yang masih dianggap antara terbaik di rantau ini.
AS, Malaysia meterai memorandum kerjasama perkukuh daya tahan rantaian bekalan semikonduktor
MOC itu bertujuan menyediakan prinsip panduan kepada kedua-dua negara berikutan kerjasama masing-masing dalam memperkukuh usaha-usaha daya tahan rantaian bekalan semikonduktor.
Tiada perbincangan dengan Rusia bagi penerbangan terus, eksport semikonduktor - Saiffuddin
Tiada perbincangan dengan Rusia berkaitan penerbangan terus syarikat Aeroflot selain eksport semikonduktor dan elektronik ke negara itu.