Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penahanan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan dua anggotanya yang bertugas di Perak serta seorang orang awam bagi membantu siasatan kes kejadian samun berkumpulan dan memeras ugut di sebuah rumah di sini, awal pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kesemua suspek direman enam hari bermula hari ini.
Katanya pegawai dan anggota berkenaan mendakwa mereka membuat serbuan ke rumah terbabit di Persiaran Rapat Baru 1, Taman Lapangan Permai kira-kira pukul 2 pagi semalam.
"Bagaimanapun, mereka tidak membuat laporan (serbuan) yang merupakan prosedur setiap kali selepas selesai serbuan. Sebaliknya, kita syaki mereka mengambil kesempatan meminta wang, memeras ugut dan menyamun mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
BACA: Tiga anggota polis ditahan terlibat kes samun
Noor Rashid berkata semua yang terlibat kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan tanpa senjata api.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Omar Mammah ketika dihubungi berkata kejadian itu melibatkan seorang pegawai, tiga anggota dan dua orang awam.
"Seorang lagi anggota serta seorang orang awam masih bebas dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan," katanya.
Semalam, seorang lelaki berusia 54 tahun membuat laporan polis mendakwa didatangi enam lelaki mengaku sebagai anggota polis yang ingin membuat pemeriksaan di dalam rumahnya selain diperas ugut untuk menyerahkan RM12,300.
Dipercayai wang tersebut diminta sebagai melepaskan mangsa daripada dibawa ke balai polis kerana penemuan dadah di rumahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2017
Noor Rashid berkata semua yang terlibat kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan tanpa senjata api. - Gambar fail
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Tiga keldai ditahan babitkan kerugian RM41,447.70
Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada beberapa sindiket penipuan, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM41,447.70, dalam kejadian baru-baru ini.
Petugas syarikat pengedar kurma antara tiga ditahan disyaki samun wang syarikat
Polis menahan sepasang suami isteri dan seorang petugas syarikat pengedar kurma disyaki terlibat kes samun wang syarikat itu bernilai RM143,941 dalam kejadian di Simpang Ampat di Nibong Tebal dekat si
Enam individu diambil keterangan, bantu siasatan kes ibu kelar anak - Ketua Polis Johor
Polis telah mengambil keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai dikelar ibunya, di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang, di sini pada Sabtu.
Tujuh sekeluarga ditahan bantu siasatan kes bunuh OKU intelektual - Polis
Tujuh individu daripada satu keluarga ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita berstatus OKU intelektual di sebuah rumah di Jalan Serdang Raya 1, Seri Kembangan, semalam.
Kerani mangsa penipuan pelaburan rugi RM240,000
Mangsa yang tertarik dengan pelaburan itu telah melakukan 15 transaksi pemindahan wang secara dalam talian berjumlah RM240,000 ke tiga akaun bank.
Samun warga India di Nilai: Polis berkas lima lelaki
Polis telah menahan lima lelaki warga asing berusia lingkungan 22 hingga 33 tahun yang disyaki terlibat dalam insiden samun bersenjata di sebuah rumah di Nilai di sini dua hari lepas.
Mayat akauntan disyaki dibunuh ditemukan di tepi jalan
Seorang akauntan sebuah syarikat swasta ditemukan mati disyaki dibunuh di tepi Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, di sini pagi tadi.
Rayuan kerajaan dalam kes penahanan salah Khairuddin Abu Hassan didengar 6 Mac 2024
Pada Mei 2018, Khairuddin memfailkan saman terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Kerajaan Malaysia serta lima lagi.
Kelindan lori pukul, samun bekas kekasih diberkas
Polis menahan seorang kelindan lori kerana disyaki memukul dan menyamun bekas kekasihnya dalam kejadian di Ampang, Khamis lepas.
Tiga individu ditahan bantu siasatan kes khianat guna api
Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian sebuah kedai membaiki motosikal dibakar di Kapar, Klang awal pagi tadi.