AWANI Pagi: Merdeka Jiwa | Menghidupkan Semula Hikayat Bangsa
Merdeka bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi mengenali akar sejarah dan warisan kita sendiri.
Sempena Bulan Kebangsaan, AWANI Pagi membawakan perbincangan "Merdeka Jiwa: Menghidupkan Semula Hikayat Bangsa" bersama penulis dan pengasas Hikayat Fandom, Ninot Aziz.
Bagaimana hikayat, ensiklopedia dan seni penceritaan mampu membina jati diri, memelihara warisan serta memperkenalkan tamadun Kepulauan Melayu kepada generasi akan datang?