AWANI Pagi: Suara Borneo | Radio Satukan Semangat Kaamatan dan Gawai
Sempena sambutan Kaamatan dan Gawai, empat stesen radio dari Sabah dan Sarawak bergabung dalam satu siaran khas yang meraikan kepelbagaian budaya, bahasa dan semangat kebersamaan rakyat Malaysia Timur. Inisiatif ini memperlihatkan bagaimana radio terus memainkan peranan sebagai medium yang menyatukan komuniti, memperkenalkan budaya tempatan kepada audiens lebih luas, dan membuktikan bahawa industri media juga mampu bekerjasama demi satu semangat yang sama.