KUALA LUMPUR: Seramai 2,356 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM) di Selangor dan Kuala Lumpur menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) berjumlah RM7.068 juta.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, ia usaha kementeriannya dalam membantu usahawan mikro bangkit kembali dalam perniagaan diusahakan mereka.
Jelasnya, geran khas itu merupakan pemberian sekali beri bernilai RM3,000 setiap penerima tanpa perlu membayar balik.
"Jualan gerai pendapatan tidak tinggi, masakan lagi untuk membayar gaji pekerja berjumlah minimum RM1,500 jadi kita akan berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia berkenaan isu gaji minimum yang ditetapkan berkuat kuasa 1 Mei nanti.
"Dianggarkan hampir 70 peratus golongan usahawan mikro yang terjejas teruk akibat banjir dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
"Harapan saya, selain geran khas bantuan banjir ini kerajaan juga dapat mempertimbangkan semula gaji minimum bagi pekerja usahawan mikro,” katanya.
BACA: Kecualikan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bagi usahawan mikro - Noh
BACA: Kurangkan birokrasi pemberian bantuan banjir - Noh Omar
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Geran Khas Bantuan Banjir Sahabat Usahawan AIM pada Isnin.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan Koperasi (Kuskop), Datuk Suriani Datuk Ahmad; Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Shabudin Yahaya; Timbalan Pengerusi Lembaga AIM, Mohd Najib Mohd Noor; Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz.
Majlis penyerahan BBKM berkenaan diadakan secara serentak di empat lokasi iaitu di Shah Alam Convention Centre (SACC) dengan seramai 921 penerima disampaikan Noh Omar manakala seramai 445 penerima di Dewan Puchong Utama, Puchong yang disampaikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Puchong, Datuk Satim Diman.
Selain itu, seramai 586 penerima di Dewan UMNO Kuala Selangor disampaikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim dan 404 penerima di Dewan Sri Jugra, yang disampaikan oleh Naib Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen Kuala Langat Datuk Zurihan Yusop.
Sementara itu, Mohamed Shamir berkata, bantuan banjir yang diusahakan Kuskop amat membantu Sahabat Usahawan AIM yang sedang berusaha untuk bangkit semula dari kemusnahan yang dialami.
"Bagi pihak AIM, kami menghargai inisiatif Menteri Kuskop dalam memperjuangkan nasib Sahabat Usahawan AIM, tak kira bangsa, agama dan fahaman politik.
"Untuk keseluruhan jumlah Sahabat Usahawan terjejas adalah 8,859 Sahabat, melibatkan peruntukan yang akan disalurkan khusus untuk Sahabat AIM sahaja adalah sebanyak RM23.1 juta," katanya.
Katanya lagi, sebahagian besar penerima BBKM daripada Sahabat Usahawan AIM adalah Usahawan Informal iaitu peniaga gerai dan penjaja di tepi jalan yang mengalami kemusnahan secara total di mana gerai dan premis perniagaan hanyut dibawa banjir.
"la membabitkan Sahabat Usahawan di Kepong, Cheras, Ampang, Gombak, Puchong, Shah Alam, Sepang, Kuala Selangor, Bandar Laut Selangor dan Hulu Selangor," katanya.
Majlis itu turut dibuat secara langsung di ketiga-tiga lokasi berkenaan yang dipancarkan dari dewan utama SACC di Shah Alam.
Kesemua penerima geran adalah sebahagian daripada 8,859 Sahabat Usahawan AIM yang terkesan akibat banjir yang sudah didaftarkan sebagai penerima BBKM.
Penyaluran geran BBKM itu menjadi tanda keprihatinan kerajaan yang memperuntukan sebanyak RM50 juta kepada Kuskop yang mana penyaluran bantuan kepada usahawan yang terjejas akibat banjir dibuat melalui TEKUN Nasional.
Astro Awani
Mon Mar 21 2022
Noh Omar (dua kanan) menyampaikan replika sumbangan kepada Mohamed Shamir pada Majlis Penyerahan Geran Khas Bantuan Banjir Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia. - Foto AIM
Operasi secara terhad, unit pergigian sedia santuni jemaah
Menjadi satu-satunya yang menawarkan perkhidmatan pergigian, Unit Pergigian Tabung Haji (TH) tetap gigih dan sedia menyantuni 31,600 jemaah haji, sama seperti perkhidmatan rawatan yang ada di Malaysia.
AWANI Pagi: Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan
Saksikan siaran luar AWANI Pagi sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan di Angsana Mall Johor Bahru bersama Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
[TERKINI] Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tanah runtuh di Mulitaka setakat ini - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas dengan kejadian tanah runtuh di Mulitaka, daerah Porgera-Paiela, Wilayah Enga, Papua New Guinea, pada Jumaat.
Jenazah Sarjan Faridah selamat dikebumikan di Pokok Sena
Jenazah tiba di tanah perkuburan pada jam 9 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 10.20 pagi mengikut adat istiadat ketenteraan.
HBN 2024: 3,000 peserta meriahkan Larian #YakinBoleh
Larian bermula di Jalan Parameswara melalui Jalan Melaka Raya, Jalan Plaza Mahkota, Jalan Merdeka dan berakhir di Padang Dataran Pahlawan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tanah runtuh Papua New Guinea - Wisma Putra
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Papua New Guinea dan keluarga mangsa yang terlibat.
Suasana pilu sambut kepulangan jenazah Sarjan Faridah
Ahli keluarga memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Sarjan Faridah sebelum dikebumikan.
Kereta langgar pembahagi jalan, lima sahabat nyaris maut
Kenderaan terbabit dipercayai dari Port Dickson sebelum terbabas di lokasi kejadian dan merempuh pembahagi di tengah lebuh raya.
AWANI Ringkas: Jinakkan Jepun, bakal menentang India
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [25 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- Serang Balai Polis Ulu Tiram: 5 suspek ditahan bawah SOSMA
- 6 bulan tempoh ideal kaji gaji minimum
- Saluran khas #Malaysia4Palestin bermula tengah hari ini
#AWANInews #AWANIPagi
- Serang Balai Polis Ulu Tiram: 5 suspek ditahan bawah SOSMA
- 6 bulan tempoh ideal kaji gaji minimum
- Saluran khas #Malaysia4Palestin bermula tengah hari ini
#AWANInews #AWANIPagi
Kerajaan guna 'delay tactic' elak PRK di enam Parlimen - Noh
Kerajaan akan menggunakan 'delay tactic' untuk memastikan enam Ahli Parlimen daripada Bersatu yang menyokong Perdana Menteri tidak dilucutkan jawatan bagi memberi laluan kepada PRK.
'Saya belum sertai mana-mana parti politik' - Noh
Tan Sri Noh Omar menegaskan belum menyertai mana-mana parti politik, namun mengaku hanya menyokong Perikatan Nasional (PN).
'Datang tak menambah, pergi tak mengurang' - Noh
Rata-rata rakyat di Tanjong Karang sering mengeluh kerana sukar bertemu dengan Zulkafperi selepas menang dalam PRU15 lalu.
PRN: Satu lawan satu, PN boleh menang di 33 kerusi majoriti Melayu - Noh Omar
Kemenangan di kerusi 'satu lawan satu' bergantung kepada peratusan pengundi Melayu yang keluar mengundi, selain sokongan daripada pengundi bukan Melayu.
PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
Noh Omar sah tak tanding PRN Selangor
Tan Sri Noh Omar, mengesahkan dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Noh buat kejutan hadir majlis Aidilfitri PN
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar membuat kejutan apabila hadir di Majlis Silaturrahmi Aidilfitri ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham.
UMNO Tanjong Karang sedia pertahan kubu kuat, lawan Noh Omar
Katanya, UMNO bukan sahaja bersedia berdepan dengan Noh malah dengan mana-mana parti yang tidak sealiran dengan perjuangan BN.
Noh yang sebenarnya kaki bodek - Isham
Isham Jalil membidas kenyataan bekas pemimpin parti itu, Tan Sri Noh Omar yang mendakwa UMNO kini hanya tinggal kaki bodek, kalah dalam pemilihan ketua bahagian dan cawangan.